artikel bulanan

29 November 2011

Kenapa ALLAH ciptakan Neraka?


Ini kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekanakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatinmasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamnsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, 
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak 



from : 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=303493023013206&set=a.212214782141031.67313.128378787191298&type=1&theater

18 November 2011

Cara2 Bagaimana Wardina Mendidik Anak Solat 5 Waktu


Assalamualaikum wbr para daie sekalian.
Alhamdulillah kita panjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah serta kurnianya, kita masih lagi mendapat 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, dan tidak lupa juga selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran yang tak terhingga dengan nikmat ni.
Sahabat2 sekalian,
Allah telah kurniakan kepada kita terlalu banyak nikmat, kalau nak dihitung serta dikira mustahil akan dapat dihitung. Nikmat Allah diibaratkan kita mengambil sebatang pen, batangnya itu adalah semua pokok2 di dunia ini dan dakwatnya itu sebanyak air di lautan. Nescaya kalau kita tulis semua nikmat Allah tersebut, akan habis dahulu semua pokok2 dan air di lautan sebelum habis nikmat Allah itu. Bayangkan lah betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada umat manusia serta mahkluk yang lain.
Ramai yang berfikiran, hanya dengan berzikir mengucapkan Alhamdulillah itu sudah memadai untuk bersyukur. Ye tak syak lagi wahai sahabat dengan hamdalah itu menunjukkan kita bersyukur, tapi ada segelintir daripada kita kata bersyukur tapi solat diabaikan. Nauzubillah, pesanan juga untuk diri penulis. Solat, dengan solatlah kita menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah. Kita melaksanakan semua perintah dan meninggalkan semua larangan.
Berbalik kepada solat, ramai daripada kita dewasa ini seringkali mengabaikan solat. Kenapa solat itu penting? Solat itu adalah tiang agama kita, kalau runtuh tiang itu, bagaimana ia nak berdiri. Renungkanlah wahai sahabat. Mungkin ada daripada kalangan kita yang kurang pandai lagi bab2 solat walhal dah berumur panjang. Ye lah, masa kecik2 dulu emak suruh solat, lari menyorok dalam almari. Haha Budak2 katakan!
“Ajarkan lah anak mu solat 5 waktu sejak berumur 7 tahun dan rotanlah anakmu jika
tidak solat ketika berumur 10 tahun”
Pepatah Melayu ada menyebut, Melentur buluh biar daripada rebungnya kan. So hari ini, penulis nak berkongsi satu kisah dan teknik daripada seorang  artis yang boleh dikatakan bertuah kerana Allah menghantar dia untuk memimpin para ibu di luar sana. Ikutlah apa yang baik dan buanglah apa yang buruk. Di bawah ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
Semoga entry ini bermanfaat buat semua. Salam kemaafan dari penulis sekiranya entry ini menyinggung perasaan dan menimbulkan fitnah di kalangan kalian. Ana hanya insan biasa yang mengharapkan kasih Illahi. Penulis dari Tok Esah



Bidadari berwajah manusia

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???" Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?


JAUHI TIGA DOSA BESAR

TIGA DOSA YANG PALING BESAR


Saudara dan saudariku yang dikasihi,
Di dalam kehidupan ini kita ada dua pilihan mana satu arah atau jalan yang kita mahu tempuhi,sebab dunia sememangnya dunia ini hanyalah tempat ujian,dan tempat sementara yang pasti akan berakhir, dan berakhirnya kehidupan bukan berarti stop segalanya akan tetapi berakhirnya kehidupan didunia ini maka akan baru bermula segalanya dan pada ketika itu tidak ada yang memegang peranan paling penting kecuali PAHALA DAN DOSA dan kita semua akan mendapatkan ganjaran atau balasan dari Allah atas apa yang sekalian kita kerjakan didunia ini.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).Dan Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu  kerjakan. (Al-Hasy-r 59:18)

Saudaraku sekalian adapun didalam kesempatan kali ini ana akan coba paparkan berkenaan dengan jenis DOSA YANG PALING BESAR yang akan kita pertanggung jawabkan dihadapan Allah dialam akhirat,berkenaan dengan DOSA BESAR INI  suatu ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sedang duduk bersama para sahahabatnya dan memberikan pelajaran ataupun peringatan kepada mereka.

Beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam kemudian bersabda :
“Perhatikanlah (wahai para shahabat), maukah aku tunjukkan kepada kalian dosa-dosa yang paling besar?” Beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya tiga kali. Kemudian para shahabat mengatakan: “Tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pun menerangkan dengan sabdanya:

الإِشْرَاكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ أَوْ قَوْلُ
الزُّوْرِ.

“(Dosa-dosa yang paling besar itu adalah)
Syirik kepada Allah, Durhaka kepada kedua orang tua, dan Persaksian palsu (perkataan dusta).” (HR. Al Bukhari dan Muslim dari shahabat Abu Bakrah ra.)

Sahabatku Ini adalah sepotong kisah bagaimana cara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam membimbing dan mengajarkan ilmu agama ini kepada para shahabatnya Beliau adalah seorang yang sangat bersemangat dalam mengajarkan segala permasalahan agama ini kepada umatnya,dengan jelas dan lemah lembut.

Beliau Rasulullah mengajarkan kebaikan agar umatnya melakukan kebaikan tersebut dengan sebaik-baiknya, Dan beliau juga menerangkan dengan jelas beberapa perkara kejelekan (mungkar) agar umatnya menjauhi kejelekan itu.

Sahabatku didalam hadits tersebut diatas, secara khusus Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan sekaligus memperingatkan tiga perkara atau  perbuatan Dosa yang paling besar. Betapa pentingnya peringatan tersebut sampai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mengulanginya tiga kali,berturut-turut.
Adapun  Perbuatan-perbuatan itu adalah:

1. SYIRIK KEPADA ALLAH

Sahabatku sekalian yang dimuliakan Allah ‘Azza wa Jalla,
Allah ‘Azza wa Jalla adalah Dzat yang Maha Tunggal, Dialah satu-satunya yang menciptakan alam semesta ini, Dialah satu-satunya Dzat yang memberi rizki kepada seluruh makhluk-Nya, dan Dialah satu-satunya yang mengatur alam semesta ini.Sebab itu Allah ‘Azza wa Jalla adalah satu-satunya Dzat yang berhak untuk disembah, Hanya Allah tempat meminta permohonan ataupun do’a, Dialah pemberi rizki, dan tempat meminta pertolongan dan perlindungan.

Sebab itu amatlah keliru, jika seorang hamba beribadah kepada selain Allah ‘Azza wa Jalla, memohon dan meminta kepada makhluk dengan permintaan yang tidak mungkin dapat dipenuhi kecuali oleh Allah saja,seperti meminta rizki,keselamatan, atau menyandarkan nasib hidupnya kepada selain Allah ‘Azza wa Jalla.

Maka sangatlah tepat kalau Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menggelar syirik ini sebagai dosa yang paling besar, karena seorang yang berbuat syirik berarti dia telah berbuat  melampaui batas terhadap Penciptanya. Menjadikan tandingan / sekutu bagi Allah ‘Azza wa Jalla, padahal Allah ‘Azza wa Jalla adalah Maha Tunggal dan tidak ada sekutu baginya. Sungguh ini adalah kezhaliman yang sangat besar

sebagaimana Allah ‘Azza wa Jalla firmankan (artinya):
“Sesungguhnya kesyirikan merupakan kezhaliman yang besar.” (Luqman: 13)

Betapa zhalimnya seorang muslim yang menyembelih hewan untuk kemudian dipersembahkan kepada makhluk yang diyakini memiliki kekuatan sehingga dia akan terhindar dari bencana, padahal Allah ‘Azza wa Jalla lah satu-satunya Dzat yang mampu untuk mendatangkan bencana,dan juga menolak bencana.

Dan betapa zhalimnya ketika seorang muslim meminta-minta keselamatan dan rizki dipokok pokok kayu atau ditampat-tempat tertentu yang dianggap boleh memberi kebaikan dan menjauhkan mudharat kepadanya dan juga betapa zalimnya orang yang datang dikuburan orang-orang shalih yang sudah meninggal dunia,yang dianggap boleh memberi keselamatan dan rezki kepadanya, padahal hanya Allah sajalah yang mampu untuk memberikan keselamatan dan rizki kepada makhluk-Nya.

Sahabatku sekalian karena itulah ketika shahabat ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam:

أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ ؟

“Dosa apa yang paling besar di sisi Allah?”

Beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

أَنْ تَجْعَلَ لِلّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ.

“Engkau menjadikan tandingan bagi Allah (menyekutukan Allah)
padahal Allah lah yang telah menciptakanmu.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Ketika syirik telah diposisikan sebagai dosa yang paling besar, maka tentunya adzab dan bencana yang akan ditimpakan kepada pelakunya pun juga sangat besar dan luar biasa. Allah ‘Azza wa Jalla mengancam untuk tidak akan mengampuni pelaku kesyirikan selama dia belum bertaubat sehingga dia meninggal dunia.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia akan mengampuni dosa yang di bawah kesyirikan bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya.” (An Nisa’: 48)

Amalan ibadah seseorang yang dikerjakan dengan susah payah dan kesungguhan yang besar akan hilang nilainya dan sia-sialah apa yang dia amalkan tadi dengan sebab kesyirikan yang dia lakukan. Yang demikian itu karena Allah ‘Azza wa Jalla akan menghapus nilai amalan seseorang manakala dia telah berbuat lancang dengan menyekutukan Allah ‘Azza wa Jalla dalam ibadah. Allah ‘Azza wa Jalla menegaskan dalam ayat-Nya (artinya):

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu: jika kamu mempersekutukan (berbuat syirik) kepada Allah, niscaya akan terhapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (Az Zumar: 65)

Dan pada akhirnya, sungguh malang nasib seorang yang berbuat syirik karena tempat tinggal terakhirnya adalah di An Nar (neraka) dan dia kekal di dalamnya karena Allah telah mengharamkan baginya untuk masuk kedalam Al Jannah(sorga)

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya Al Jannah, dan tempatnya adalah An Nar, tidaklah ada bagi orang-orang yang zhalim itu seorang penolongpun.” (Al Ma’idah: 72)

Dan sebagaimana juga yang Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sabdakan:

مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَدْعُوْ مِنْ دُوْنِ اللهِ نِدٌّا دَخَلَ النَّارَ.

“Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan dia berdo’a (beribadah) kepada selain Allah (sebagai) tandingan / sekutu (bagi Allah), maka dia akan masuk ke dalam An Nar. (HR. Al Bukhari)

2. DURHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA

Saudaraku,Durhaka kepada kedua orang tua ditempatkan sebagai dosa besar setelah syirik. Yang demikian itu karena Allah memerintahkan untuk berbuat baik kepada orang tua sering diiringkan dan diletakkan setelah perintah untuk beribadah dan mengesakan ibadahnya tersebut kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Ini menunjukkan besarnya hak orang tua untuk mendapatkan perlakuan yang baik dari anak-anaknya.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman artinya ::
“Dan beribadahlah kalian kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua ” (An Nisa’: 36)

Durhaka kepada kedua orang tua apapun bentuknya merupakan perbuatan yang diharamkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan Rasul-Nya shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوْقَ اْلأُمَّهَاتِ

“Sesungguhnya Allah Ta’ala mengharamkan atas kalian durhaka kepada para ibu (yakni orang tua), …” (Muttafaqun ‘Alaihi).

Ketika kedua orang tua sudah lanjut usia maka semestinya mereka mendapatkan kasih sayang dan perhatian yang sungguh-sungguh dari anak-anaknya,bukannya semta-mata membalas kebaikan keduanya tapi ini  adalah perintah Allah dan Allah melarang kepada anak mengucapkan perkataan yang boleh menyakiti hati kedua  bahkan kita dituntut untuk sentiasa mendoakan keselamatn dan kebaikan padanya

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :
"Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al-Israa: 23-24)


Sahabatku sekalian yang dikasihi,demikian tegas Allah memperingatkan kita atas berbakti kepada kedua orang,Tetapi apa yang terjadi di masyarakat kita sekarang justru sebaliknya,banyak anak2 yang membantah,membentak dan ada yang sanggup menitipkan orang tuanya di panti jompo atau rumah-rumah kebajikan, perkara seumpama ini Sungguh zalim dan merupakan salah satu bentuk kedurhakaan anak kepada orang tuanya.

Sadarlah wahai saudaraku sekalian yang selalu berbuat kederhakaan dan membantah orang tuanya dan yang ada orang tuanya di rumah2 kebajikan tolong ambillah orang tua kalian,sebab orang tua memerlukan kasih sayang anaknya, jangan menghukum dan menzalimi perasaan keduanya,setitis air mata ibu terjatuh demi merisaukanmu tidak dapat kamu membalasnya walau dengan apa  sekalipun  Dan ingat beberapa peringatan Allah dan sabda Rasulullah dibawah ini

Diriwayatkan Abdullah bin 'Amr r.'anhuma
''Keredhaan Allah menurut keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah
menurut kemurkaan ibu bapa" (H.R.At-Tirmizi: Sahih)

Dalam hadis Qudsi Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
“Demi Ketinggian-Ku, keagungan-Ku dan kemuliaan kedudukan-Ku, sekiranya anak yang durhaka kepada kedua orang tuanya mengamalkan amalan semua para Nabi, niscaya Aku tidak akan menerimanya.” (Jâmi’us Sa’adât 2: 263).

Shalatnya tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa ta'ala
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Barangsiapa yang memandang kedua orang tuanya dengan pandangan benci ketika keduanya berbuat zalim kepadanya, maka shalatnya tidak diterima.” (Al-Kafi 2: 349).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
“Takutlah kamu berbuat durhaka kepada kedua orang tuamu, karena bau harum surga yang tercium dalam jarak perjalanan seribu tahun, tidak akan tercium oleh orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, memutuskan silaturahmi, dan orang lanjut usia yang berzina…” (Al-Wasâil 21: )

Saudara dan saudariku yang dirahmati Allah ‘Azza wa Jalla,
Dan masih banyak lagi contoh sikap durhaka anak kepada orang tuanya. Yang terpenting bagi kita adalah bagaimana kita berusaha mengamalkan perintah Allah ‘Azza wa Jalla untuk berbuat baik kepada orang tua kita dan menunaikan hak-hak mereka sebagaimana yang dituntunkan oleh syari’at Islam yang mulia ini.

3. PERSAKSIAN PALSU ATAU BERKATA DUSTA

Saudaraku sekalian Larangan untuk berkata dusta ini telah Allah ‘Azza wa Jalla firmankan dalam beberapa  ayat-dalam al-Qur-an mulia antara lain seperti berikut :

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala,
serta jauhilah perkataan yang dusta, - (Al-Hajj 22:30) |

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya,
sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (A-li'Imraan 3:61)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dalam sabdanya :
Senantiasalah kalian jujur, karena sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada surga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur,dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.(HR.Shahih Muslim)

Sahabatku Kalau kita perhatikan ayat tersebut diatas , Allah ‘Azza wa Jalla mengiringkan larangan berkata dusta dengan perintah untuk menjauhi perbuatan syirik dan meninggalkan berhala-berhala yang disembah selain Allah ‘Azza wa Jalla.

Ketika kita membaca Al Qur’an, kita akan mendapati di ayat yang ke 63 dan seterusnya dari surat Al Furqan, di situ disebutkan beberapa ciri hamba-hamba Allah ‘Azza wa Jalla yang mendapatkan kemuliaan dan darjat tertinggi di sisi-Nya.
Dan di antara ciri dan sifat mereka adalah tidak memberikan persaksian palsu sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu.” (Al Furqan: 72)

Saudara dan saudariku yang mulia,
Mengapa dusta yang kelihatannya perkara sepele dan remeh-temeh oleh sebagian dari manusia menganggap ringan, ternyata merupakan salah satu bentuk dosa yang paling besar di antara dosa-dosa besar yang dilarang dalam agama islam ?
Mari kita perhatikan beberapa keterangan dibawah ini tentang bahaya berdusta.

Sahabatku,Berkata dusta tergolong dosa besar karena pangkal dari kejelekan dan kerusakan yang dilakukan manusia itu bermuara pada perbuatan ini, karena dusta merupakan amalan yang bisa mengantarkan kepada kejelekan sebagaimana
sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :

وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُحُوْرِ وَإِنَّ الْفُحُوْرَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً.

“Dan sesungguhnya dusta itu bisa mengantarkan kepada kejelekan, dan kejelekan itu bisa mengantarkan kepada An Nar, dan senantiasa seseorang itu berbuat dusata sampai dia dicatat di sisi Allah sebagai pendusta”(HR.Bukhari dan Muslim)

Seorang yang berdusta berarti dia telah melanggar salah satu prinsip penting dalam Islam, karena di antara misi yang diemban Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengajarkan Islam adalah menjunjung tinggi sikap kejujuran, sebab itu maka Rasulullah dengan begitu tegas menjelaskan tentang bahaya berdusta

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !” (Riwayat Abu Daud )

Sahabatku,balasan apa yang pantas untuk dirasakan kepada orang yang suka berdusta? Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bermimpi (dan tentunya mimpi beliau adalah benar),di mana dalam mimpi tersebut beliau melihat manusia disiksa dengan siksaan yang  sesuai dengan perbuatan yang mereka lakukan.

Mudah-mudahan Allah ‘Azza wa Jalla menjauhkan kita semua kaum muslimin dan muslimat semuanya dari perbuatan dan perkataan dusta yang tercela ini.aamiin

Sahabtku sekalian - Menjauhi dosa besar, penghapus dosa kecil -

Di antara bentuk kasih sayang Allah ‘Azza wa Jalla kepada hamba-Nya adalah dijadikannya amalan kebaikan itu sebagai penghapus dari amalan kejelekan. Setiap amalan shalih yang dikakukan oleh seorang muslim, maka amalannya tadi akan menghapus dosa dan kesalahan yang telah dia lakukan

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.” (Hud: 114)

Oleh karena itulah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا

“Dan iringilah kejelekan itu dengan kebaikan, niscaya (kebaikan tadi) akan menghapuskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Dan di antara bentuk kebaikan pada diri seorang hamba adalah dia menjauhi perbuatan-perbuatan yang tergolong dosa besar. Lihatlah wahai pembaca, sebatas dia menjauhi dan tidak melakukan dosa besar, sudah terhitung baginya kebaikan yang akan menghapus dosa kecil yang pernah dia lakukan. Inilah bukti rahmah dan kasih sayang Allah Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang kamu dilarang megerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Al Jannah).” (An Nisa’: 31)

SELAMAT MEMBACA DAH BERUSAHALAH MENJAUHI TIGA DOSA BESAR WASSALAM


From : https://www.facebook.com/notes/zubair-ibnuawwam-as-sabah/jauhi-tiga-dosa-paling-besar/236404829758395

15 November 2011

Lawak Kalau...



Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

...... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkan sbg peringatan sesama insan

Berapa ramai anak yang sanggup merawat seorang ibu...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Maka, jika kamu indaf, mohon ampunlah kepada kedua orang tua kamu,
dan berusahalah menjadi anak soleh dan solehah,
supaya kamu tidak menyesal dan beruntung di hari kemudian.























SETITIK AIR MATA IBU JATUH, PULUHAN KEBAJIKAN SI ANAK HILANG...

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Bismillahirrohmanirrohim

SETITIK AIR MATA IBU JATUH,PULUHAN KEBAJIKAN ANAK HILANG

Ketika kita lapar
Tangan ibu yg menyuapi.
Ketika kita haus...
Tangan ibu yg memberi minuman.
Ketika kita menangis...
Tangan ibu yg mengusap air mata.
Ketika kita gembira...
Tangan ibu yg menadah syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mengantuk...
Tangan ibu yg menidurkan dengan penuh kasih sayang


Ketika kita mandi...
Tangan ibu yang meratakan air keseluruh badan membersihkan segala kotoran.
Ketija kita dilanda masalah,tangan ibu yg membelai duka sambil berkata: Sabar nak,Sabar ya sayang.

Namun,ktika ibu sudah tua & lapar,
Tiada tangan dari anak yg menyuapinya.
Dengan tangan yg menggetar,ibu suap sendiri makanan kemulut dgn linangan air mata.

Ketika ibu sakit,dimana tangan anak yg ibu harapkan dpat merawat beliau?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad,
Ketika jenazah ibu hndak dimandikan,
Dimana tangan anak yg ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yg trakhir.

Setitik air mata ibu,puluhan kebajikan anak hilang.
Ibu...
jangan jatuh air mata
Duhai anak.,
jangan membuat ibu menangis
Jika engkau pulang tengah malam,nyalakan lampu tengok & tatap muka ibu,sebab wajah orang tidur akan menampakkan sgalanya.
Ya ALLAH...
Panjangkan usia ibu & bpak supaya kami dapat menjaga mereka dengan baik insya ALLAH & smoga syurga balasannya.

"Dan Robbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dlam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kpd keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dgn penuh kesayangan dan ucapakanlah;"Ya ALLAH,kasihilah mereka sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku diwaktu kecil."

Salam Santun Erat dan Ukhuwah Fillah

Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh





karya ini drpd https://www.facebook.com/media/set/?set=a.257779550937068.63732.244541858927504&type=3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers