artikel bulanan

18 November 2011

Cara2 Bagaimana Wardina Mendidik Anak Solat 5 Waktu


Assalamualaikum wbr para daie sekalian.
Alhamdulillah kita panjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah serta kurnianya, kita masih lagi mendapat 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, dan tidak lupa juga selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama2 panjatkan kesyukuran yang tak terhingga dengan nikmat ni.
Sahabat2 sekalian,
Allah telah kurniakan kepada kita terlalu banyak nikmat, kalau nak dihitung serta dikira mustahil akan dapat dihitung. Nikmat Allah diibaratkan kita mengambil sebatang pen, batangnya itu adalah semua pokok2 di dunia ini dan dakwatnya itu sebanyak air di lautan. Nescaya kalau kita tulis semua nikmat Allah tersebut, akan habis dahulu semua pokok2 dan air di lautan sebelum habis nikmat Allah itu. Bayangkan lah betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada umat manusia serta mahkluk yang lain.
Ramai yang berfikiran, hanya dengan berzikir mengucapkan Alhamdulillah itu sudah memadai untuk bersyukur. Ye tak syak lagi wahai sahabat dengan hamdalah itu menunjukkan kita bersyukur, tapi ada segelintir daripada kita kata bersyukur tapi solat diabaikan. Nauzubillah, pesanan juga untuk diri penulis. Solat, dengan solatlah kita menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah. Kita melaksanakan semua perintah dan meninggalkan semua larangan.
Berbalik kepada solat, ramai daripada kita dewasa ini seringkali mengabaikan solat. Kenapa solat itu penting? Solat itu adalah tiang agama kita, kalau runtuh tiang itu, bagaimana ia nak berdiri. Renungkanlah wahai sahabat. Mungkin ada daripada kalangan kita yang kurang pandai lagi bab2 solat walhal dah berumur panjang. Ye lah, masa kecik2 dulu emak suruh solat, lari menyorok dalam almari. Haha Budak2 katakan!
“Ajarkan lah anak mu solat 5 waktu sejak berumur 7 tahun dan rotanlah anakmu jika
tidak solat ketika berumur 10 tahun”
Pepatah Melayu ada menyebut, Melentur buluh biar daripada rebungnya kan. So hari ini, penulis nak berkongsi satu kisah dan teknik daripada seorang  artis yang boleh dikatakan bertuah kerana Allah menghantar dia untuk memimpin para ibu di luar sana. Ikutlah apa yang baik dan buanglah apa yang buruk. Di bawah ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
Semoga entry ini bermanfaat buat semua. Salam kemaafan dari penulis sekiranya entry ini menyinggung perasaan dan menimbulkan fitnah di kalangan kalian. Ana hanya insan biasa yang mengharapkan kasih Illahi. Penulis dari Tok Esah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers