artikel bulanan

17 Mei 2011

Ucapan Palestin kpd kita


As-Salaam.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian
terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari
pembalasan.
Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak
akan
redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan
memaafkannya..


Doa orang yang teraniaya amat makbul. Kita sbg ummat islam marilah sama2
kita berdoa
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar
burung-burung
ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon
kepada
mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang
Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..



sabarlah wahai saudara2ku di palestine...
pintu2 syahid sedang di buka untuk kalian semua

---------------------------------------------------------------------------------

169. dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
170. (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman.

Al-Imran:169-171




-------------------------------------------------------------------------------------------



Firman Allah S.W.T.. : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
Surah Al-Ankabut : Ayat 2 & 3

Rasulullah S.A.W. bersabda : Bahawasanya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian dan sesungguhnya Allah apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan diujinya kaum itu terlebih dahulu. Maka barangsiapa yang reda mendapat ujian itu, maka dapatlah ia keredaan Allah dan barangsiapa yang benci, maka kemurkaan Allah baginya. (Hadis Riwayat tarmidzi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers