Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i)
2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)
4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur
Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Jumu'ah Mubarakah! =)
| KEMPEN HIDUPKAN SUNNAH NABI | :: SUNNAH KE MASJID ::
Antara sunnah ke Masjid:1. Bersegera pergi ke masjid
2. Berjalan ke masjid dengan sopan dan tenang
3. Berjalan kaki ke masjid
4. Berdoa ketika memasuki masjid:
اللهم افتح لي أبواب رحمتك
Maksudnya:
"Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu"
5. Berselawat
6. Mendahulukan kaki kanan semasa masuk ke masjid
7. Merebut saf pertama
8. Solat sunat tahiyatul masjid
9. Berdoa ketika keluar dari masjid dan berselawat.
اللهم إني أسألك من فضلك
"Ya Allah aku memohon darimu akan kurniaanmu"
10. Mendahulukan kaki kiri semasa melangkah keluar dari masjid
... dan banyak lagi...
Selamat menuju ke masjid bagi kaum muslimin utk menunaikan solat fardhu Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan