Setiap hari paling
kurang 17 kali kita akan mengulang-ulang ayat ini, maksudnya: “Yang menguasai
(malik) hari pembalasan.” (Surah al-Fatihah 1: 4) Perkataan “malik” ini
menggambarkan satu lagi kekuasaan Allah s.w.t:
Allah menegaskan
yang bermaksud: “Tidakkah kamu mengetahui sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu? Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi itu
kepunyaan Allah?” (Surah al-Baqarah 2: 106-107) Tujuan pertanyaan ini ialah
agar kita berfikir dan mengakui hakikat tersebut.
Al-Malik meliputi:
1. Memiliki.
2.
Tidak berkongsi milikan dengan
sesuatu yang lain.
3.
Mempunyai kuasa mutlak mengurus.
4.
Mampu menguruskan semua milikan
tersebut.
Jadikan diri kita sebagai subjek dan cuba aplikasikan keempat-empat definisi al-Malik di atas. Hasilnya :
1. Kita ialah milik Allah. Jika Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi serta dunia dan akhirat, maka secara automatik kita sebagai hamba dimiliki oleh-Nya.
2.
Kita hanya milik Allah, bukan
tuhan-tuhan yang lain. Ini membawa maksud hanya Allah satu-satunya tuhan kita,
tiada yang selain-Nya.
3.
Hanya Allah yang boleh menentukan
segala-galanya berkaitan hidup kita di dunia dan akhirat.Kenapa? Ini kerana
kuasa urus tadbir hidup kita adalah kuasa mutlak Allah s.w.t.
4.
Allah bukan sahaja berkuasa menentukan
hidup kita, malah Allah mampu. Lihat sahaja koordinasi tubuh kita. 1001
keajaiban ada di situ. Apa yang akan berlaku seandainya Allah searahkan kuasa
mengurus badan kita kepada diri kita sendiri walaupun sesaat sahaja? Jawapan
muktamad; pasti kita tidak akan mampu melakukan!
Itu
baru diri kita yang kerdil. Bagaimana dengan makhluk yang lain? Bagaimana
dengan alam semesta? Benarlah testimoni ini “Kepunyaan Allah jualah kerajaan
langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran
3: 189)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan