artikel bulanan

08 Mac 2014

3 Golongan manusia:

1. Golongan manusia yg dapat ditewas oleh hawa nafsu. Tunduk kpd dunia dan kekal dalam keduniaan. Orang-orang kafir dan orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Surah Al-Jaatsiyah : 23

2. Golongan berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadangkala menang dan kadang kala kalah. Taubat, menyesal dan mohon keampunan dari Allah bila buat dosa. Surah Aali-Imran:135

3. Golongan orang-orang yg maksum seperti para nabi & Rasul.

Kita dalam mana golongan mana 1 atau 2? Muhasabah diri, perbetul niat kembali pada Allah. Jadikan diri orang yg sentiasa ingat pada Allah, supaya diri tidak dilupakan Allah. Amat malang jika Allah melupakan dirinya, pasti binasalah dirinya. Nauzubillah...

23 Ogos 2013

Al-Malik (memilik dan Dimilik)



Setiap hari paling kurang 17 kali kita akan mengulang-ulang ayat ini, maksudnya: “Yang menguasai (malik) hari pembalasan.” (Surah al-Fatihah 1: 4) Perkataan “malik” ini menggambarkan satu lagi kekuasaan Allah s.w.t:
Allah menegaskan yang bermaksud: “Tidakkah kamu mengetahui sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi itu kepunyaan Allah?” (Surah al-Baqarah 2: 106-107) Tujuan pertanyaan ini ialah agar kita berfikir dan mengakui hakikat tersebut.

Al-Malik meliputi:

1.      Memiliki.
2.      Tidak berkongsi milikan dengan sesuatu yang lain.
3.      Mempunyai kuasa mutlak mengurus.
4.      Mampu menguruskan semua milikan tersebut.

Jadikan diri kita sebagai subjek dan cuba aplikasikan keempat-empat definisi al-Malik di atas. Hasilnya :

1.      Kita ialah milik Allah. Jika Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi serta dunia dan akhirat, maka secara automatik kita sebagai hamba dimiliki oleh-Nya.
2.      Kita hanya milik Allah, bukan tuhan-tuhan yang lain. Ini membawa maksud hanya Allah satu-satunya tuhan kita, tiada yang selain-Nya.
3.      Hanya Allah yang boleh menentukan segala-galanya berkaitan hidup kita di dunia dan akhirat.Kenapa? Ini kerana kuasa urus tadbir hidup kita adalah kuasa mutlak Allah s.w.t.
4.      Allah bukan sahaja berkuasa menentukan hidup kita, malah Allah mampu. Lihat sahaja koordinasi tubuh kita. 1001 keajaiban ada di situ. Apa yang akan berlaku seandainya Allah searahkan kuasa mengurus badan kita kepada diri kita sendiri walaupun sesaat sahaja? Jawapan muktamad; pasti kita tidak akan mampu melakukan!

Itu baru diri kita yang kerdil. Bagaimana dengan makhluk yang lain? Bagaimana dengan alam semesta? Benarlah testimoni ini “Kepunyaan Allah jualah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran 3: 189)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers