artikel bulanan

13 April 2012

Step By Step Menunaikan Solat Istikharah



Sebelum Istikharah

- Istikharah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja .

- Bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan.

- Neutral iaitu tidak mempunyai apa-apa kecenderungan terhadap pilihan yang ada.

- Disunatkan juga bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum istikharah.

- Memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram.

- Memilih waktu yang mustajab doa.

- Berwuduk dengan sempurna.


Semasa Istikharah

1Menunaikan solat sunat dua rakaat.

2. Bacaan surah. Rakaat pertama : Surah al-Kafirun ; 

    Rakaat kedua : Surah al-Ikhlas.

3. Selepas salam, baca doa istikharah berikut : 



Maksudnya : "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon daripada-Mu dengan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkan serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah usrusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ata lambat, maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya".

(Riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan lain-lain)





Selepas Istikharah

- Meneruskan solat dan doa istikharah hingga tiga kali. 

- Memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati.

- Jika telah memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada Allah.

- Jika keputusan yang diambil kurang baik, maka ia mungkin disebabkan kurang peka dengan jawapan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t., tersilap membuat pilihan, telah mempunyai kecenderungan hati sebelum istikharah atau pelbagai kemungkinan lain. Oleh sebab itu, janganlah menyalahkan Allah, sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qadak dan qadar.

Apakah HASIL yang kita dapat selepas istikharah? Hasilnya kita akan berasa bahagia kerana :

1. Sebelum istikharah: berserah diri kepada Allah SWT.

2. Semasa istikharah: Tenag.

3. Selepas istikharah: Reda dengan ketentuan Allah. 


Sumber : SOLUSI ISU # 42

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers