"Hei,Faiq. Anta tak rasa rugikah?"
"Rugi? Apa yang ana rugi?"
"Iyalah, 2 minggu, datang Jordan tapi duduk dengan ana sahaja."
"Bukankah ana sudah cakap tempoh hari."
"Ya,ya. Takkan anta tak rasa rugi langsung. Banyak duit anta keluarkan. Banyak masa anta habiskan. Baik anta pergi jalan2. Ini anta duduk dengan ana sahaja. Ana pun tak layan anta sangat."
"Tak, ana tak rasa rugi pun."
"Kenapa?"
"Sebab anta SAHABAT ana."
"Kenapa anta samai sanggup macam ni? Ana tak layan anta dengan baik pun selama ni."
"Sebab anta adalah TANGGUNGJAWAB ana kepada ALLAH. Ana yakin dengan itu."
"Apa maksud anta?"
♥ "Bila ana berSAHABAT dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia berdasarkan mencari REDHA ALLAH. Justeru, menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada ALLAH."♥
"Kalau sahabat anta tu buat buruk dengan anta, tidak endahkan anta & sebagainya?"
"ITU URUSAN DIA DENGAN ALLAH. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ni untuk dapatkan BALASAN KASIH SAYANGNYA. Ana bina hubungan untuk DAPATKAN KASIH SAYANG ALLAH"
"Sebab ana sahabat anta. Kalau namanya sahabat, apakah akan membiarkan sahabatnya terbakar dalam api?"
♥ "Kalau namanya sahabat,mesti hendak sama2 bahagia. Jadi, ana hendak anta masuk syurga dengan ana. SEBAB ITU ANA ADA DI SINI."
*cerpen tarbiyah: Matahari-Hilal Asyraf*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan